July 22nd, 2010 by epulafea
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 22nd, 2010 by epulafea
aku bukanlah membenci lagi, aku sekadar tak mau jatuh lagi. entah bagaimana mau menjelaskannya. “cinta” ini menyeronokkan, biarpun ia sudah berlalu tetapi aku ketagihkannya. baiklah, aku pun keliru apa yang aku sedang fikirkan, tapi aku mau semua orang bahagia.
berada di antara dua pihak memang membuatkan diri sentiasa diketepikan, terasa semakin jauh biarpun dekat.
aku tak mau jadi “sekadar teman biasa” kerana ia tidak “hawt & sexy”. maafkan aku kerana ini.
oke.. gelimat!
kadang-kadang aku tak faham ini, kadang-kadang mau jadi orang lain dan merasakan bagaimana jika aku bukanlah aku. oke aku sudah keliru kata-kata aku ini.
tetapi aku percaya suatu hari nanti kita akan lebih matang dan akan tertawa dengan pengalaman ini.
oke.. mau nyanyi lagu “beautiful” dari christina aguilera.
gelimat!
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 22nd, 2010 by epulafea
hidup ini penuh dengan penantian bukan?
jadi aku boleh menunggu setiap pagi dan malam untuk mengucapkan selamat pagi dan selamat malam tanpa balasan. sunyi. malah dipersoalkan pula. hari-hari minggu kosong kerana mengharapkan ada pelawaan keluar. oke ia bukan pertandingan jadi aku tak perlu panjangkan hal ini.
jadi salahkah aku mau ke midvalley untuk menonton filem?
oke salah mungkin, sekiranya masih tidak menyelesaikan tanggungjawab sebelum keluar berhibur. tetapi 10 minit jika boleh menanti lagi, aku tak minta pergi jauh-jauh sehingga ke johor sana.
mungkinlah, sebab tiada apa-apa yang istimewa.
okelah, diamkan saja. tak perlu bising-bising.
jadi, selamat pagi & selamat malam.
b
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 22nd, 2010 by epulafea
kerja menimbun. tetapi itu bukanlah sebabnya. entah aku pun tidak tau apa.
jadi apabila pegawaiku marah-marah kerana pekerjaanku semberono, maka aku terpinga-pinga. aku tau aku salah, aku akui.
apabila sudah tenang, dia menjelaskan rasional tindakan itu.
kemudian bertanya, ” kamu ada potensi biarpun kerja ini sedikit beban, tapi ke mana momentum kamu?”.
hati terasa sebak, terharu. jika hati ini boleh menangis, pasti ia mengalirkan air deras.
benarlah, jika tidak digertak begitu, tidak dimarah-marah, tidak ditegaskan, maka aku akan alpa.
terima kasih kerana masih prihatin!
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 21st, 2010 by epulafea
hari ini tugasan bertimbun-timbun kerana sudah bercuti sakit beberapa hari.. huu..
apa-apa pun aku tetap gembira tetap dapat hadir bekerja semula. seronok begini! entahlah, mungkin kemudian nanti aku bakal jadi manusia “workaholic”!
Posted in Uncategorized | No Comments »